
Di pejabat ada satu papan tanda yang tidak boleh kita abaikan - Papan tanda "EXIT" atau "KELUAR" Namun berapa keratkah kita yang arif akan maksudnya? Di sebabkan kita menyaksikannya setiap hari, kita hampir lupa mencari apakah maksud tanda berkenaan. Beberapa minggu lepas saya terbaca dalam sebuah media akan maksud yang tersirat di dalam papan tanda berkenaan. Ada dua perkara yang perlu kita tahu berkenaan papan tanda tersebut.
.
1. Apabila berlaku kecemasan - kebakaran ke, gempa bumi ke, panggilan bom ke, di situlah pintu keluarnya, jangan tersilap pintu! Ini penting bagi mereka yang cepat panik sampai tak tau mana satu pintu toilet dan mana satu pintu KELUAR.

2. Yang ke dua (ini lagi penting) Tanda EXIT atau KELUAR itu sebenarnya antara lain dicipta adalah untuk mengingatkan kita semua bahawa kita mestilah tau bila masa kita mesti keluar atau exit daripada sesuatu syarikat atau organisasi itu samada kita sudah tidak releven kepada syarikat, hilang upaya atau mendapat habuan yang lebih di luar sana. Tanda ini penting bagi kita supaya sedar diri siapa kita, apa yang telah kita buat untuk organisasi, dan apa sumbangan kita kepadanya. Ramai pekerja menganggap merekalah terbaik hinggakan bila dah masuk umur bersara, masih melobi sana sini untuk disambung perkhidmatannya. Ramai diluar sana kerjanya asyik menghabiskan beras aje, tapi masih mengaku bekerja.
Semua ini terjadi kerana waktu mula-mula masuk kerja dulu mereka tidak dibagi tau akan maksud EXIT dan KELUAR itu.
.
Saya kerap mengingatkan rakan-rakan dan diri saya sendiri berkenaan tanda EXIT ini, namun kekadang saya juga seram bila menghayatinya! Kalau tak percaya bubuhlah tanda EXIT besar-besar atas pintu bilik anda!.

.
Saya InsyAllah akan berpindah ke pejabat baru sikit masa lagi. Saya akan pastikan ada tanda EXIT di pintu bilik saya, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kelegaan (jika kebakaran) dan sedikit ketakutan (takut kena buang kerja....!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan